blog anak pak rahman



Tahniah diucapkan kepada Raznany Abu Khalid (gambar) yang selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati sendiri pada 31 Oktober 2009. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah juga diucapkan kepada Siti Khalijah Ramli dan suaminya atas kelahiran anak pertama mereka, Balqis Batrisya Binti Mohd Fir, pada 21 Oktober lalu (if I'm not mistaken, hehe..). Harap anaknya comel macam aku jugak, hehe.. (ayat tak boleh blah).

Ramai yang bertanya pada aku, bila nak kahwin. Contohnya macam tok angkat aku. Tok Zaharah. Nampak muka aku je, dia tanya. Nampak muka aku je, dia tanya. Dia tanya je, nampak muka aku. Bosan betul.

Aku jawab. Muda lagi. 17 tahun baru. Nak kahwin buat apa. BERFOYA-FOYA la dulu. Pelekunggg!! Kena ketuk atas kepala dengan Pak Rahman. Adoii..
blog anak pak rahman
Tepat jam 9.30 pagi tadi, Pak Rahman menelefon.

Pak Rahman : Bila balik rumah?
Aku : Lepas habis exam, 20hb kut.. kut la..
Pak Rahman : Kenapa mesti ada kut?
Aku : Sebab tak tahu lagi nak balik bila, hehehe.. (Alasan semata-mata.)
Pak Rahman : Ayah nak ajak pergi kedai tayar.
Aku : Kenapa dengan tayar?
Pak Rahman : Ayah tengok sport rim lawa-lawa. Sport rim chrome tu. Bila kak ngah nak tukar sport rim nih?
Aku : Ayah jangan cuba nak meracuni pemikiran daku yang masih suci ini.
Pak Rahman : Ha ha ha... (Sambil melentikkan misainya - bayangan aku saja.) Betol, lawa tuh. Kalau kak ngah tengok, mesti angkat satu punyalah.
Aku : Sport rim tu akan lebih lawa kalau beli guna duit ayah, ngeh ngeh ngeh...
Pak Rahman : Ha ha ha... Hampeh tul. Balik cepat. Boleh tolong hantar adik pergi tuisyen.

10 jam selepas itu. YM dengan member aku yang namanya serupa dengan nama Pak Rahman.

Man : Bila balik rumah?
Aku : 20hb. Apsal?
Man : Alaaa... Baru nak ajak pi jenjalan ramai-ramai. Balik la lambat sikit. Ye? Ye? Ye? (Dengan mata kuyu baru lepas hisap rokok - bayangan aku saja.)
Aku : Ko jangan cuba nak meracuni pemikiran daku yang masih suci ini.
Man : Alaaa... Lepas ni bukan jumpa hang dah. Kita pi holiday ramai-ramai sebelum hang balik. Ye? Ye? Ye?

2 situasi di atas ternyata menggugat pemikiran aku yang masih suci lagi murni ini. Kesimpulannya, 20hb yang dinyatakan kepada Pak Rahman, nampaknya akan berganjak ke tarikh yang tidak dapat ditentukan lagi. Yaaa... Aku memang senang diracun.
blog anak pak rahman
Jam 3.05 pagi. Masih tak boleh tidur. Masih mengarut dengan blog. Dan muka buku.

Entri 1 : Mengapa gambar ice blended? Buat aku terliur saja. Kawan aku tanya.

Itu tandanya, aku pun terliur jugak. Aku jawab. (Yang sebenarnya, pertama kali post entri kat sini, hahaha...)
blog anak pak rahman


Last week, tlg Tapa n Apit jual ice blended.
But since then, asyik terbayangkan ice blended diorang jek.
Aku rasa, diorang ni letak dadah kut dalam ice blended tu.
Tu pasal asyik nak minum ice blended diorang je nih. Ish.
Ermmm.. Melt in your mouth, not in your hands.. yummy~